Sunday, November 29, 2009

Berhati-Hati..., Satu-Satu Di Persoalkan.....

Banyak sudah yang dipersoalkan. Boleh kira satu-satu...

(i) Taraf Bumiputra;
(ii) MeCD (kini dibubarkan);
(iii) Kedaulatan Raja-Raja (ada yang nak saman Sultan);
(iv) Dasar Ekonomi Baru (kini sudah berkubur tanpa nisan);
(v) UiTM (Universiti untuk Bumiputra);
(vi) Islam sebagai agama rasmi (ada yang bercakap "langkah mayat saya dahulu" kerana menolak Islam sebagai agama rasmi);

.... dan TERKINI...

"Hentikan program BTN" .... kenyataan oleh penasihat DAP, Lim Kit Siang.

C-bOk harap Kerajaan tidak terpengaruh dengan provokasi DAP dan konco-konconya yang berusaha tanpa henti untuk menidakkan apa sahaja yang terbaik untuk negara ini (tetapi tidak baik untuk kesinambungan politik mereka).

Kursus Biro Tata Negara adalah kursus yang memupuk semangat patriotisme, jati diri dan semangat untuk membangunkan negara tanpa mengira warna kulit, latarbelakang agama, bangsa serta fahaman politik. Bagi C-bOk, kursus ini mempunyai identiti serta berjiwa 1Malaysia. Hanya mereka yang buta sahaja yang akan berpendapat sebaliknya. Jangan gadaikan masa depan negara dengan pandangan sempit segelintir pemimpin politik berjiwa kecil.

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidil-Adha

C-bOk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua rakyat Malaysia yang berugama Islam. Berhati-hati semasa memandu untuk balik kampung. Hari raya haji adalah hari raya korban, tetapi bukan untuk mengorbankan diri kita dan keluarga di jalan raya.

Saturday, November 21, 2009

SPRM: "Justice Delayed is Justice Denied"


C-bOk tidak berniat untuk menghina Mahkamah Tinggi yang telah membuat keputusan berkaitan dengan waktu siasatan SPRM terhad pada masa pejabat sahaja iaitu dari jam 8.30 pagi - 5.30 petang sebagaimana yang diputuskan oleh Yang Ariff Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd. Ariff Mohd. Yusof. Namun banyak pihak yang mula mempersoalkannya khususnya dari keberkesanan usaha-usaha yang digerakkan untuk memerangi gejala rasuah di negara ini.

Rata-rata persepsi terhadap keputusan ini adalah seperti berikut:

(i) SPRM tidak akan dapat menjalankan tugasnya dengan berkesan sekiranya kuasa menyiasat dihadkan pada waktu pejabat sahaja. Kes-kes jenayah yang berkaitan dengan rasuah tidak terhad berlaku pada waktu pejabat sahaja. Ianya boleh berlaku pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Sekiranya kuasa SPRM dihadkan pada waktu pejabat sahaja selama 9 jam (8.30 pagi - 5.30 petang) bagaimana SPRM hendak memerangi kejadian jenayah rasuah yang beraksi 24 jam sehari?;

(ii) SPRM adalah satu-satunya agensi di dunia yang dihadkan kuasa siasatan mereka pada waktu pejabat sahaja. Agensi-agensi lain seperti INTERPOL, CIA, FBI, Agensi Pencegah Rasuah Hong Kong dan lain-lain yang terkenal di sleuruh dunia tidak mempunyai had/sekatan seperti yang dikenakan kepada SPRM. Agensi-agensi penguatkuasa ini bukan sahaja beroperasi 24 jam, malahan mereka bergerak di seluruh dunia untuk mencapai objektif penubuhan mereka dari segi penguatkuasaan undang-undang (dan juga politik);

(iii) Usaha memerangi gejala rasuah di negara ini dipermain-mainkan oleh orang-orang politik dan mereka yang berkepentingan. Dalam hal ini, Tan Boon Wah dari parti DAP yang membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi merasakan siasatan yang dibuat terhadap beliau menimbulkan "kerugian" serta menceroboh "hak-hak asasi" belia (Kena batang hidung sendiri baru sibuk. Dulu, sekiranya boleh mahukan SPRM menyiasat tokoh parti pemerintah. Tidak pula timbul soal kerugian dan hak asasi);

(iv) Terdapat kecenderungan yang semakin meningkat di kalangan orang-orang yang tertuduh untuk menggunakan "loopholes" di dalam perundangan kita untuk mendapatkan kelebihan ke atas perundangan. Mereka ini kini dilihat menggunakan politik untuk mencapai hasrat dan objektif mereka. Malahan terdapat parti-parti politik yang menjadikan perjuangan untuk memberi kelebihan kepada penjenayah pula sebagai matlamat perjuangan mereka;

(iv) Ruang kini terbuka dengan luasnya kepada penjenayah rasuah untuk merancang aktiviti mereka apabila ditangkap. Mereka mempunyai kelebihan untuk melepaskan diri daripada sabit kesalahan dengan kelebihan untuk merancang, memanipulasi dan melatih saksi dengan masa terluang yang ada selepas waktu pejabat;

Bagi C-bOk Mahkamah Tinggi dalam hal ini, sewajarnya menterjemahkan apa-apa juga maksud perundangan dari sudut kesan positif kepada negara serta masyarakat dan tidak terhad kepada alasan sempit kerugian/hak asasi individu semata-mata. Kerana disebalik seorang yang membawa isu ini, ada 27 juta lagi rakyat negara yang juga mempunyai hak asasi mereka yang tidak mahukan jenayah berleluasa di negara ini.

SPRM pula sewajarnya menyegerakan rayuan supaya keputusan Mahkamah Tinggi ini dipertimbangkan semula. Kita tidak mahu sebarang siasatan yang dibuat terhadap apa-apa kesalahan jenayah rasuah dilewat-lewatnya hanya kerana masa yang terhad untuk membuat siasatan. Pepatah ada menyatakan "Justice Delayed is Justice Denied"

Thursday, November 19, 2009

Soal Siasat SPRM Pada Waktu Pejabat Sahaja (?)

Mahkamah Tinggi membuat keputusan bahawa soal siasat terhadap saksi kes yang sedang disiasat oleh SPRM hanya boleh dilakukan pada waktu pejabat sahaja iaitu dari jam 8.30 pagi hingga jam 5.00 petang. Penghakiman ini dibuat oleh Hakim Mohd. Ariff Mohd. Yusuf seperti yang dilapurkan di sini.

C-bOk melihat keputusan ini satu "landmark decision" oleh Mahkamah Tinggi kerana membuat satu keputusan yang "sungguh luar biasa" kerana kini saksi kes SPRM mempunyai masa dari jam 5.01 petang hingga ke jam 8.29 pagi keesokkan harinya untuk merancang jawapan, menghilangkan bukti, melarikan diri dan lain-lain lagi yang memberi kelebihan kepada orang yang disiasat daripada orang yang menyiasat.

Sekiranya keputusan ini dikekalkan berdasarkan kepada alasan Tan Bon Wah yang membawa kes ini untuk penghakiman di mana beliau mendakwa "mengalami kerugian" sepanjang siasatan itu dijalankan, maka C-bOk ingin mencadangkan supaya sesiapa sahaja yang pernah disiasat oleh SPRM/BPR sebelum ini di luar waktu pejabat - boleh buat tuntutan atas kerugian anda berdasarkan kepada keputusan yang dibuat oleh Yang Arif berkenaan.

Nota: Untuk perhatian, C-bOk tidak menyokong keputusan Yang Ariff berkenaan terhadap penghakiman berdasarkan kepada alasan yang diberikan oleh pengadu.

Kelab Graduan 1Malaysia

Tengahari tadi C-bOk lunch dengan seorang kawan lama di Sri Hartamas. Bercerita tentang perniagaan perkhidmatan membekalkan mesin penyalin (photostat) beliau yang semakin rancak dan juga prestasi kereta-kereta terkini (kami sama-sama minat kereta). Dalam sibuk bercerita, beliau membangkitkan konsep 1Malaysia yang semakin popular dan semakin menjadi sebutan ramai.

Apa yang menariknya tentang kawan saya ini ialah, beliau begitu menyokong konsep ini dan telah menterjemahkannya dengan mengusahakan (bersama dengan beberapa orang rakan lain) penubuhan sebuah kelab yang dinamakan Kelab Graduan 1Malaysia. Keahlian terbuka kepada semua Graduan rakyat Malaysia yang berukur 45 tahun kebawah. Sekiranya anda Graduan dan berumur di bawah 45 tahun, silalah melawat lamanweb Kelab di sini dan hubungi mereka untuk menjadi ahli. Keahlian adalah percuma.

Sunday, November 15, 2009

Pakatan "Riots"

Banyak sudah di khabarkan tentang Pakatan Rakyat. Ramai yang terus buta dengan kenyataan. Yang jadi gila kerana undi pun ada. Kalau tak percaya baca catatan Syed Akhbar Ali di sini.

Thursday, November 12, 2009

RM50,000 Aje? Saya Pun Boleh Bayar!

FAM yang bersidang semalam berhubung dengan salah laku penyokong Kelantan (PAS? - ada yang bawa bendera PAS ke dalam stadium), membuat keputusan untuk mendenda Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sebanyak RM50,000 sahaja selepas penyokong-penyokong Kelantan (sebahagian, bukan semuanya) "berpesta mercun dan bakar kerusi" di Stadium Bukit Jalil pada hari Sabtu 7 November 2009 yang lalu

RM50,000 sahaja? Takkan murah sangat harga kekacauan yang ditimbulkan.

Kekacauan itu bukan sahaja mengganggu rentak permainan kedua-dua pasukan, menyebabkan penonton-penonton di stadium dan di rumah tidak selesa, menyebabkan kecederaan (jurugambar RTM kena jahit kepala kerana koyak akibat lontaran batu), kerosakan harta benda, sampah sarap tidak perlu di sekitar trek padang (beratus-ratus botol air yang dilontar ke arah padang) dan juga kemungkinan berlakunya kematian akibat daripada kebakaran (kerusi dan tong sampah yang dibakar) sekiranya kebakaran tersebut tidak dapat di kawal. Dengan membayangkan segala kemungkinan ini sahaja, C-bOk taubat tidak akan ke stadium Bukit Jalil sekiranya ada perlawatan yang melibatkan KAFA.

........ dan dengan segala kemungkinan itu, FAM hanya merasakan KAFA perlu membayar RM50,000 sahaja sebagai denda terhadap kekacauan dan kerosakkan yang berlaku.

Tidakkah FAM melihat kemungkinan berlakunya kecederaan teruk dan kematian sebagai satu yang serius dan perlu diberi perhatian yang sewajarnya? Adakah denda serendah ini akan memberi kesan kepada penyokong-penyokong ala 'holigans" berkenaan daripada mengulangi sikap tidak berdisiplin mereka? C-bOk rasa tidak. Kita akan berhadapan dengan masalah yang sama di masa depan sekiranya KAFA sekali lagi bertandang ke Pertandingan Akhir Piala Malaysia 2010.

Wednesday, November 11, 2009

Naik Haji Yang Di Taja

Pengakuan Nik Aziz yang mengesahkan penajaan pihak ketiga ke atas ibadah haji yang akan ditunaikan tahun ini dan juga yang telah di tunaikan di tahun-tahun yang lalu mengundangkan pandangan berbeza.

Blogger pro PAS menerima alasan Nik Aziz "menghalalkan" tajaan itu secara buta-buta dan menuduh pula pihak media mempermainkan isu ini sebagai mainan pemerintah. Maknanya bagi blogger seperti ini, "semuanya oklah..." bila berkaitan dengan Nik Aziz.

Kalau ada sesiapa yang menaja YAB Perdana Menteri atau YAB Timbalan Perdana Menteri naik haji macamana pula?

Soalnya bukan hak si penaja untuk menaja sesiapa sahaja yang dikehendaki dan hak orang yang ditaja untuk menerima buta-buta tanpa mengkaji sebab musabab dan niat penaja di dalam membuat penajaan tersebut. Dalam apa juga keadaan, apabila seseorang hendak membuat tajaan, mestilah mempunyai sebab. Lebih-lebih lagi Nik Aziz adalah kakitangan Kerajaan dan pemimpin sebuah negeri.

Bukankah sudah ada "General Order" yang melarang kakitangan Kerajaan (tidak kira Kerajaan yang memerintah negara atau negeri) menerima apa juga bentuk hadiah dan penajaan adalah jelas berbentuk hadiah kecuali ianya dalam bentuk zakat yang diberikan kepada orang-orang yang tidak mampu. Malahan, kakitangan Kerajaan tidak boleh menerima sekecil-kecil hamper yang cuma berharga puluhan ringgit itu berdasarkan kepada "General Order" yang berkuatkuasa.

Sekiranya diterima juga, pertuduhan pecah amanah atau rasuah boleh dikenakan kepada kakitangan Kerajaan yang terbabit kerana mereka telah di "compromise" yang meletakkan mereka dalam keadaan sukar untuk membuat keputusan apabila melibatkan orang yang memberi hadiah/penajaan. Parti UMNO pernah menghukum tokoh hanya semata-mata menaja majlis jamuan semasa kempen pemilihan kepimpinan kerana ianya berbentuk rasuah dan mengundang rasa terhutang budi

Namun apabila berkaitan dengan Nik Aziz, ianya boleh? Tidak terhutang budikah Nik Aziz dengan orang yang saban tahun menaja pemergian beliau ke Mekah?

C-bOk bersetuju dengan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee yang menyarankan supaya Nik Aziz mendedahkan nama orang yang membuat penajaan tersebut. Setidak-tidaknya ianya boleh mengelakkan daripada tohmahan terhadap niat tersembunyi di sebalik tajaan itu.

Sunday, November 08, 2009

Kelantan Menang

Kelantan menang bergaya di Bukit Jalil. 65,000 orang yang hadir menang sorak. Mereka juga menang pertandingan membaling mercun, membakar kerusi stadium dan membaling botol air ke dalam padang permainan. Seorang mendapat anugerah pembaling batu terbaik kerana membaling batu sehingga mengoyakkan kepala seorang jurukamera RTM.

Manakala Negeri Sembilan menang Piala Malaysia 2009 selepas menewaskan Kelantan 3 - 1.

Tahniah Negeri Sembilan, kerana menang dengan bergaya.

Friday, November 06, 2009

Nik Aziz Masuk IJN?

Dengar khabarnya Tuan Guru Nik Aziz di masukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) malam tadi kerana muntah-muntah. Mari lah kita sesama saudara Islam mendoakan kesejahteraannya.

Jangan jadi seperti puak yang satu lagi di mana ada yang meminta dijatuhkan bala ke atas negara kita Malaysia kerana fahaman politik. Malahan kalau perkara yang sama berlaku di kalangan MB dari BN, pasti ada yang membuat kenyataan bahawa ianya (masuk IJN) kerana kemurkaan Allah serta bala dan sebagainya.

Jadi janganlah kita jadi seperti mereka. Marilah kita sama-sama doakan saudara sesama Islam. Hari Jumaat ni.

Tuesday, November 03, 2009

Tanah Runtuh Di Selayang: Tak Ada Fatwa Ke?

Minggu lepas semasa kejadian jambatan runtuh di Kuala Dipang, Perak macam-macam fatwa keluar. Rata-rata fatwa itu mengaitkan kejadian jambatan runtuh itu dengan bala terhadap Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Barisan Nasional.

Semalam satu lagi kejadian berkaitan dengan "runtuh". Kali ini ianya berlaku di Selayang, Selangor sehingga jalan dari Rawang ke Kuala Lumpur terpaksa di tutup.

Tak ada siapa-siapa yang nak keluarkan fatwa ke? Atau takut nak keluarkan fatwa sebab kalau guna formula fatwa yang sama seperti di Kuala Dipang, maka ianya salah Kerajaan Negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Maknanya bala diturunkan terhadap Kerajaan Negeri.

Seperkara lagi, C-bOk perhatikan tidak ada pula Ketua Menteri dan Presiden parti yang datang melawat tanah runtuh ini. Mungkin sebab negeri ini bukan diperintah oleh Barisan Nasional, jadi tak kan nak malukan kawan. Apa-apa pun sebarang tindakan mestilah bedasarkan kepada "political milleage", Ya tak....

Monday, November 02, 2009

Siapa Nak Jawab Soalan Ini?

Disebalik penahanan Dr. Maza kelmarin, banyak sudah pendapat dan pandangan yang diutarakan. Pelbagai ulasan dan buah fikiran di utarakan.

JAIS dalam sidang akhbarnya mendakwa penahanan itu kerana Dr. Maza tidak ditauliahkan untuk berdakwah di Selangor, namun apabila dihadapkan ke mahkamah tiada pula pendakwaan dibuat kerana masih membuat siasatan. [Baru nak siasat?]
Namun C-bOk tertarik dengan soalan bekas YDP Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Dusuki Ahmad seperti berikut:

"Apakah penceramah-penceramah agama yang bergerak dari rumah ke rumah, meletakan semua aktiviti agama yang dilaksanakan oleh Kerajaan tidak betul belaka itu mempunyai tauliah?"

Ada sesiapa yang nak jawab?

Sunday, November 01, 2009

1Sekolah Untuk Semua: Tafsiran Tokoh Mengikut Fahaman Politik Mereka


Apabila Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pandangan rakyat perlu diambil kira sebelum membuat keputusan melaksanakan sekolah satu aliran, C-bOk berpendapat ada mesej yang tersirat di dalam kenyataan beliau itu. Kita perlu menterjemahkan kenyataan beliau kepada hasrat murni di sebalik cadangan untuk mewujudkan sekolah satu aliran sebagaimana yang ditimbulkan oleh Prof. Emeritus, Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim (KKK), minggu lalu.

Menurut Tan Sri Dr. KKK, sistem pendidikan negara perlu di susun semula, termasuk melaksanakan sekolah satu aliran bagi memastikan matlamat gagasan 1Malaysia tercapai.

[Gagasan 1 Sekolah ini telah lama diutarakan melalui perbincangan alam maya sebelum ianya diutarakan oleh Tan Sri KKK. Rujuk di sini dan juga di sini]

Malangnya, hasrat murni serta lontaran/cabaran Perdana Menteri kepada masyarakat, khususnya golongan yang digelar pemimpin untuk menterjemahkan idea murni di sebalik cadangan mewujudkan sekolah satu aliran itu tidak kesampaian. Rata-rata menterjemahkan reaksi Perdana Menteri itu secara lateral sahaja, iaitu bersetuju dengan apa yang tersurat daripada pandangan PM tersebut. Tidak ada usaha langsung di kalangan "pemimpin" untuk melihat idea berkenaan dari sudut yang lebuh luas, sebaliknya mempertahankan ideologi berdasarkan kaum yang sempit yang hendak di kembangkan ke semua sektor. (Nasib baik lah kita cuma ada sekolah sahaja yang berdasarkan kaum)

Usaha untuk melihat maksud kata-kata PM ataupun makna yang tersirat tidak kesampaian. Mungkin juga kerana mereka tidak faham Bahasa Melayu bila mana sudah terbiasa dengan aliran masing-masing. Disebalik sekolah kebangsaan yang ditubuhkan, kita masih membenarkan sekolah "jenis" kebangsaan yang berasaskan kaum yang secara tidak langsung menyumbang kepada kegagalan untuk mengintegrasikan kaum/masyarakat majmuk di negara ini secara total.

Reaksi MIC melalui Timbalan Presidennya adalah bukti jelas, kegagalan pemimpin untuk menterjemahkan satu idea murni melangkaui kepentingan kaum semata. Reaksi MIC adalah seperti berikut:

PUTRAJAYA, Oct 31 (Bernama) -- The MIC has lauded Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak's statement on vernacular schools.

Its deputy president, Datuk G. Palanivel, said Najib made the right move by announcing that vernacular schools would remain, and that the government would consider the views of the people before making a decision on the proposal to implement a single stream school system.

"By his statement, the prime minister has cleared the confusion that would otherwise, have been another setback on the 1Malaysia concept.

"His statement has clearly given meaning to promote the concept among all races," he told Bernama Saturday.
Gagasan 1Malaysia tidak akan berjaya sekiranya kita masih bersikap sebegini. 1Malaysia bakal menjadi satu slogan semata-mata sekiranya pemimpin politik kita gagal memberi terjemahan bermakna terhadap satu gagasan yang murni serta menongkah langit seperti 1Malaysia. Kita akhirnya akan menjadi sebuah negara yang kaya dengan gagasan seperti "Islam Hadhari" yang gah seketika, kemudian hanyut di tengah jalan.